| |
| |
| |

|
|
| |
"Saya terutama sekali ingin mengucapkan tahniah kerana Hagel Travels dengan selamatnya dapat menangani
jemaah-jemaah haji dengan sempurna.
Terima kasih atas bimbingan dan pertolongan yang diberikan. Syabas!" -
Rawiah Bte Yaacob
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih dengan senang Ustaz Syed Hamid dapat berkongsi ilmu. Sikap
ramah dan berjenaka membuat menimba ilmu dari beliau menjadi suatu perkara yang seronok.
Anda telah membuat anggapan yang selama ini saya ada terhadap "boss-boss" berubah. Sebagai seorang ketua, Syed Agil have shown an
'outstanding' leadership skills yang akan saya contohi when I manage my staff at work.
Saya, berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada Hagel Travels terutama kepada kesemua pegawai-pegawai yang berada sepanjang
perjalanan kami. Dengan meminpin jemaah-jemaah yang bersakit kronik dan mempunyai masalah-masalah fizikal, pegawai-pegawai dapat
menangani sakit pening dan keperluan jemaah-jemaah. Layanan mesra, perhubungan yang akrab dan sikap professionalism telah membuat
perjalanan ini berkembang menjadi sebagai suatu family dan bukan seperti antara GSA dan jemaah-jemaah sahaja. Tahniah!" -
Fazila, Bukit Batok St 25
"Ustaz Hamid Alkaff, beliau tidak pernah jemu memberi ilmu kepada jemaah sehinggakan ada di antara
jemaah kita yang mengambil kesempatan menimba ilmu darinya melalui sesi soal jawab setelah makan tengahari dan malam.
Beliau selalu memastikan bahawa ilmu yang di ajarkan itu mudah difahami.
Sikapnya yang peramah dan suka berjenaka telah membuat para jemaah berasa senang untuk mendekatinya dan untuk mengajukan soalan-soalan." -
Sharifah Fadillah, Tampines St 12
"Terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hamid Alkaff dan
Syed Ali yang telah banyak membimbing dalam soal ibadah haji. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para
pegawai HAGEL yang telah bekerja keras menjaga kebajikan para jemaah haji terutama sekali jemaah yang berumur seperti ibu saya. Saya
telah membuat pilihan yang tepat memilih Hagel Travel, Syabaas!" -
Zainal Bin Kashno, Clementi Ave 3
"Saya amat berterima kasih kepada semua pegawai Hagel Travel yang menguruskan jemaah-jemaah haji
pada tahun ini. Semoga Allah (s.w.t) yang membalas budi dan jasa anda semua. (amin) Tabik hormat saya terutama kepada Boss Syed Agil
yang bekerja sama seperti keluarga sendiri. Saya mendoakan semaoga Hagel Travel terus maju." (amin) -
Mamon Bin Khamis, Boon Lay Drive
"Kami berpuas hati kepada semua pegawai kaki-tangan Hagel Travel yang telah member Layanan yang begitu
sempurna dan perhatin kepada semua jemaah." -
Khadijah Abdullah, Bukit Batok Street 31
"Saya berpuas hati atas khidmat 'PROFESSIONAL' dan layanan yang mesra yang diberikan kepada saya
dan isteri disepanjang ibadah Haji yang saya ikuti." -
Mohamed Zaid Bin Mohamed Ariffin, Bukit Panjang Ring Road
"Khidmat yang sungguh memuaskan hati disepanjang ibadah haji saya." -
Salmah Binte Othman
"Alhumdulillah Hagel Travel telah banyak membantu kami dalam hal-hal ibadah kami. Akan
terus mengikuti Hagel Travel untuk masa akan datang, insya Allah. Teruskan khidmat yang terbaik untuk kami. Allah berkati
anda sekeluarga." -
Hjh Rohana
"Dari saat keberangkatan hingga saat pulang ka tanah air. Suasana persiapan,
layanan dan lain-lain sungguh memuaskan." -
Hj Anuar Abas, Bedok North St 3
"Saya tiada komen, Cuma ingin memberi penghargaan kepada semua staff2 Hagel yang
bertugas sewaktu di Mekah dan di Madina. Saya berterima kaseh kerana dapat menunaikan umrah kerana dapat menunaikan
Umrah dengan sempurna dan puas hati" -
Sulaiman B Ahmad
"Pada pendapat saya yang mengikuti pakej Hagel Travel amat memuaskan tetapi ada
sedikit yang menghampakan kerana saya dan suami tidak dapat mengerjakan pakej umrah selama lima belas hari, yang
telah dijanjikan. Saya dan suami redha dengan keputusan dari pihak Arab Saudi" -
Hadijah Md Amin
"Saya tidak ada komen terhadap Hagel Travel. Malahan saya bersyukur kepada Tuhan
dan saya berterima kasih kepada guru kami- Ustaz Syed Hamid Alkaff dan Pegawai..." -
Absah Bte Ali
"Saya dan suami adalah pertama kali ke tanahsuci. Ini adalah pengalaman yang tidak
dapat kami lupakan kerana pegawai yang membimbing kami disana Hjh Fauziah dan Haji Harris sungguh sabar dan baik
sekali, memberi dorongan kepada kami dan semua jemaah dan juga kuliah2 yang diberi oleh Ustaz Hamid." -
Hariani Haron
"Berbesar hati dengan ketulusan dan keikhlasan yang diberikan oleh pegawai yang
sentiasa ceria semasa bertugas Berterima kasih Ustaz Sy Hamid yang sentiasa peka dengan 'the well being' of every
jemaah. Baik dari segi akhlak atau ibadah. Syabas pada Hagel Travel semuga sentiasa sukses." -
Zanariah Hj Zakaria
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai bertugas anda yang sungguh
cool dan bersopan dan baik budi bahasa. Well done to both of them giving the good service." -
Hjh Siti Mayram Nor
"Our Ustaz is very good, very satisfied and hope to follow him for many more umrah" -
Sumayah Abdullah
"Penghargaan tertinggi harus saya berikan kepada yang mulia Ustadz Haji Hamid
Alkaff - pegawai terulung sekali yang mana saya amat terharu dengan semangat wajahnya yang tak kenal usianya
memimpin kami sewaktu umrah pertama dari Madina amat ketara hingga mengingatkan saya akan Almarhum bapa saya yang
dahulu pernah menjadi pemimpin jemaah juga. Suntikan Rohani yang memberangsangkan tidak kira waktu makan atau
taklimat memberi kami ilmu spontan.... Syabas!!! Ustadz... Semoga Allah panjangkan usia dan segala usaha diberi
ganjaran yang tertinggi.
Saya juga kagum dengan (PB - Pengurus Besar) Syed Agil sendiri yang telah menjadi mutawif kami sewaktu ziarah/umrah
ke Udaibiyah. Saya ingat penyanyi Nasyid mana yang mendendangkan Nazam dan Selawat Nabi waktu dalam bas!!
Marha marha!! Syed Agil!!! Anda bukan hanya seorang pengurus, malahan seorang pekerja komited hinggakan beg-beg
luggage kita yang besar-besar pun turut diangkut di airport Jeddah:) Apa ada pada nam???
Saya juga amat tertarik dengan kelas agama spontan yang kami terima dari Ustadz Syed Esa Alkaff semasa kami berada
di dalam bas. Kenyataan Ustadz bahwa kebanyakan kita hanya Muslim by-birth amat menyedari saya dan anak-anak remaja
saya yang hauskan ilmu yang lebih mendalam. Ini menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus ingin mengikut
kelas-kelas agama yang dianjurkannya. Ilmu bahasa Arab yang ditimba di sana dari Ustadz tidak akan kami lupakan,
walaupun hanya sepatah dua perkataan... Syukran Ustadz
Last but not least, pegawai wanita yang satu-satunya, Kak Fauziah yang bukan hanya memimpin jemaah wanita, malahan
menjadi baby-sitter pada anak kecil saya Nur Aqidah sewaktu saya mengerjakan Umrah, amat dihargai. Terima Kasih
Kak Fauziah..." -
Hjh Wildani Radi, Yishun
|
|
|
|
| |
|
|